
Berkelah untuk menyambut Hari Wanita Antarabangsa
Berkelah untuk Kemajuan
Kami ingin menjemput kamurang untuk sambutan Hari Wanita dengan satu acara istimewa dari Ruang Tamu Ekosistem.
Sumandak Day Out
📆 9 Mac 2024
📍 Teluk Likas Beach
⏰ 4.00 petang hingga sampai puas bercerita
Tema: Datang berpakaian dalam warna ungu, putih dan hijau sambil kita meraikan dan menghormati pencapaian dan kekuatan wanita.
Jom joinn kamiii dengan gembira, tenang dan bersantaii.
Kita adakan potluck, (sila bawa satu hidangan untuk kita kongsi bersama) Jangan lupa membawa kerusi ‘healing' dan juga tikar kamurang untuk bersantai. Kita berpiknik sama-sama.
Program acara
Berikut ialah persembahan memperkasakan dan sesi bernas untuk Sumandak Day-Out, termasuk persembahan akustik oleh Straw Lim, monolog “Marsinah” oleh Chacheq, persembahan puisi “Perempuan” oleh Yeyen Khoo, Zatul dan Izzah, dan sesi perkongsian tentang kesihatan mental oleh Misi Joanne Justin.
Kami berharap dapat menyambut Hari Wanita bersama kamurang! 🌹💕
Jumpa disana!
Baaa bawa anak-anak, bawa laki, bawa boipren, bawa mama, bawa bapa, bawa kakak adik abang, bawa meow, semua buli datang ya... terbuka untuk semua.
Memperkasakan Kesaksamaan
Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. [source: Wikipedia]
Penganjur & Lokasi
Penganjur
Ruang Tamu Ekosistem
Ruang Tamu Ekosistem ialah pusat komuniti seni yang dikendalikan oleh pelbagai kolektif tempatan di Sabah. Ia berpusat di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.