activity poster for Harap Masih Lagi Berkahwin

Harap Masih Lagi Berkahwin

acara ini telah berakhir

Mad Sabah kembali dengan show terbaru untuk tahun 2025, cerita baru, lawak baru, dan (harap-harap) status kahwin yang sama.

Harap Masih Lagi Berkahwin ialah persembahan stand-up tentang cinta, pasangan, dan keputusan pelik yang buat dua orang asing sanggup tinggal serumah... dan lepas tu gaduh pasal tempat letak periuk nasi.

Sama ada anda dah kahwin, tengah bercinta, baru putus cinta atau cuma nak tengok drama orang lain, show ni untuk anda. Lagi-lagi kalau dah kahwin, sebab kata Mad Sabah, pasangan yang tak gelak sama-sama, cepat naik mahkamah.

Beli tiket sekarang. Bawa pasangan. Atau bekas pasangan. Atau datang sorang-sorang. Mad Sabah tak kisah, asalkan anda tolong dia elak dari terus pokai.

Jumpa nanti... dan harap-harap masih lagi berkahwin.


Barisan Artis

event poster for Mad Sabah

Mad Sabah

Kebenaran pedih. Dia lagi berbisa.

Dikenali dengan lawak tajam dan gaya pentas yang berani, Mad Sabah telah mencuit hati penonton sejak 2016. Berasal dari pedalaman Sabah, cerita-cerita beliau penuh dengan kejujuran dan gelak tawa yang tak dijangka. Sama ada di KL atau KK, persembahannya cepat sold out sebab punchline dia turun macam semangkuk cendol masa cuaca panas: tak disangka, berselerak dan semua orang nak lagi.

Laman Web

 

Kongsi halaman ini

Imbas kod di bawah untuk kongsi halaman ini:

QR code for this page.

Alamat halaman telah disalin!

Bagaimana untuk pergi ke acara ini?

Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN Sabah)

Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Lihat peta

^ Jom naik atas!