Poster for Pembersihan Pantai Kg Tg Aru Lama bersama Trash Hero

Pembersihan Pantai Kg Tg Aru Lama bersama Trash Hero

Aktiviti ini telah berakhir

Aktiviti Pembersihan Pantai #91 bersama Trash Hero

🌴 Pantai Kampung Tanjung Aru Lama
⏰ 7.00 pagi - 10.00 pagi
📆 09 Ogos 2025 (Sabtu)

6.30 pagi - Kehadiran peserta dan sukarelawan

7.00 pagi - Taklimat ringkas keselamatan oleh Trash Hero Kota Kinabalu

7.15 pagi - Aktiviti bermula

9.30 pagi - Timbang berat sampah, sesi bergambar, taklimat kesedaran

10.00 pagi - Bersurai. Jumpa lagi di masa hadapan!

Rakan Strategik:
💛 MSU College
💛 UPPM Tg Aru, N22
💛 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Penganjur:
💛 Trash Hero Kota Kinabalu

Aspek Keselamatan

  • Pastikan anda sudah bersarapan sebelum aktiviti bermula
  • Berhati-hati dengan kaca, objek tajam, serangga dan kerengga
  • Jangan kutip sisa semula jadi seperti daun, dahan, rumpai laut, bangkai haiwan, batu, pasir dan sebagainya
  • Kosongkan botol plastik (hanya air minuman dibenarkan) – hati-hati jika terdapat najis atau air kecil
  • Jika penat, sila berehat dan minum air
  • Gunakan spray penghalau serangga
  • Sapu krim pelindung matahari (sunscreen / sunblock)
  • Hati-hati apabila mengutip pelitup muka – terutamanya bagi sukarelawan tanpa sarung tangan
  • Jangan buang karung guni
  • Kembalikan sarung tangan fabrik kepada sukarelawan Trash Hero
  • Stay safe dan yang paling penting: seronokkan diri!

Pakaian Disarankan

  • Baju lengan panjang dan seluar panjang untuk elakkan gigitan serangga (sand flies)
  • Kasut kalis air jika ada (contoh: boots atau adidas kampung)
  • Topi jika perlu

Disediakan oleh Trash Hero

  • Sarung tangan
  • Karung guni
  • Pencapit sampah (trash tongs)
  • Air minuman (anda disarankan membawa botol air sendiri)

Maklumat Lanjut

Hubungi Zurainee untuk maklumat yang lebih lanjut:
Zurainee (012-820 0087)

Penganjur & Lokasi

Lokasi Balairaya Kampung Tanjung Aru Lama

Jalan Kampung Tanjung Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Penganjur

  • Trash Hero Kota Kinabalu

Kongsi halaman ini

Imbas kod di bawah untuk kongsi halaman ini:

QR code for this page.

Alamat halaman telah disalin!

^ Jom naik atas!