
Pembersihan Pantai Kg Tg Aru Lama bersama Trash Hero #92
Sabtu 16 Ogos 2025
Aktiviti Pembersihan Pantai #92 bersama Trash Hero
🌴 Pantai Kampung Tanjung Aru Lama
⏰ 7.00 pagi - 11.00 pagi
📆 16 Ogos 2025 (Sabtu)
6.30 pagi - Kehadiran peserta dan sukarelawan
7.00 pagi - Taklimat ringkas keselamatan oleh Trash Hero Kota Kinabalu
7.15 pagi - Aktiviti bermula
10.30 pagi - Timbang berat sampah, sesi bergambar, taklimat kesedaran
11.00 pagi - Bersurai. Jumpa lagi di masa hadapan!
Rakan Strategik:
💛 Interact Club KK High School
💛 Rotary Club di Kota Kinabalu South
💛 UPPM Tg Aru, N22
💛 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
Penganjur:
💛 Trash Hero Kota Kinabalu
Aspek Keselamatan
- Pastikan anda sudah bersarapan sebelum aktiviti bermula
- Berhati-hati dengan kaca, objek tajam, serangga dan kerengga
- Jangan kutip sisa semula jadi seperti daun, dahan, rumpai laut, bangkai haiwan, batu, pasir dan sebagainya
- Kosongkan botol plastik (hanya air minuman dibenarkan) – hati-hati jika terdapat najis atau air kecil
- Jika penat, sila berehat dan minum air
- Gunakan spray penghalau serangga
- Sapu krim pelindung matahari (sunscreen / sunblock)
- Hati-hati apabila mengutip pelitup muka – terutamanya bagi sukarelawan tanpa sarung tangan
- Jangan buang karung guni
- Kembalikan sarung tangan fabrik kepada sukarelawan Trash Hero
- Stay safe dan yang paling penting: seronokkan diri!
Pakaian Disarankan
- Baju lengan panjang dan seluar panjang untuk elakkan gigitan serangga (sand flies)
- Kasut kalis air jika ada (contoh: boots atau adidas kampung)
- Topi jika perlu
Disediakan oleh Trash Hero
- Sarung tangan
- Karung guni
- Pencapit sampah (trash tongs)
- Air minuman (anda disarankan membawa botol air sendiri)
Maklumat Lanjut
Hubungi Zurainee untuk maklumat yang lebih lanjut:
Zurainee (012-820 0087)
Penganjur aktiviti ini
Trash Hero Kota Kinabalu
Bagaimana untuk sampai ke lokasi untuk aktiviti ini?
Balairaya Kampung Tanjung Aru Lama
Jalan Kampung Tanjung Aru, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
(bersebelahan Tabika Perpaduan)