
Berdasarkan konflik Lahad Datu di Sabah pada tahun 2013, kisah ini mengikuti pasukan keselamatan Malaysia selepas kumpulan bersenjata dari Sulu memasuki Kampung Tanduo. Apabila ketegangan berkembang menjadi satu operasi besar, anggota di lapangan berdepan perjuangan yang semakin berbahaya untuk mempertahankan kedaulatan negara.