
Bengkel Cetak Ukir Kayu
Pernah cuba hasilkan seni dari sekeping kayu? Inilah peluang anda.
Sertai bengkel pengenalan kepada cetakan kayu, satu teknik tradisional di mana anda ukir reka bentuk, sapu dakwat dan cetak karya anda sendiri.
Apa yang akan dipelajari?
Anda akan belajar cara mengukir pada blok kayu, letak dakwat dan mencetak reka bentuk itu ke atas kertas atau kain. Hasilnya ialah cetakan unik dengan sentuhan buatan tangan.
Butiran Bengkel
- Sabtu 3 dan Ahad 4 Mei 2025
- Sesi 1: 10 pagi hingga 1 tengah hari
- Sesi 2: 2 petang hingga 5 petang
- Studio Pangrok Sulap, Ruang Tamu Ekoaistem, Alamesra KK
- RM60 seorang (semua bahan disediakan)
Tak perlu pengalaman. Datang dengan rasa ingin tahu dan kesediaan untuk belajar sambil kotorkan tangan.
Datang seorang pun boleh atau ajak kawan. Anda akan pulang dengan kemahiran baru, idea segar dan hasil cetakan anda sendiri.
Tempat terhad. Tempah awal dan mari mengukir.
Tempahan tiket hubungi
- 012-264 1769
- Instagram: @pangrok_sulap
Penganjur & Lokasi
Lokasi Pangrok Sulap Studio
2nd Floor, Block K, Lot 63, Lorong Plaza Utama, Alamesra Plaza Utama, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Penganjur
Pangrok Sulap
Pangrok Sulap ialah kolektif artis, pemuzik dan aktivis sosial Malaysia yang misinya adalah untuk memperkasakan masyarakat luar bandar dan terpinggir melalui seni. "Pangrok" ialah sebutan tempatan bagi "punk rock" dan "sulap" ialah pondok atau tempat rehat yang biasa digunakan oleh petani di Sabah, Borneo.
Ruang Tamu Ekosistem
Ruang Tamu Ekosistem ialah pusat komuniti seni yang dikendalikan oleh pelbagai kolektif tempatan di Sabah. Ia berpusat di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.