Poster for Bengkel meditasi untuk penyembuhan holistik

Bengkel meditasi untuk penyembuhan holistik

Aktiviti ini telah berakhir

Bengkel ini dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Rehat yang menenangkan untuk hujung tahun

Hujung tahun boleh jadi penuh tekanan. Kalau anda perlukan masa untuk berhenti sekejap, tarik nafas, dan tenangkan diri, bengkel percuma ini memang sesuai.

Brahma Kumaris Foundation menganjurkan sesi berpandu bertajuk "Bengkel meditasi untuk penyembuhan holistik[1]", dengan pendekatan meditasi yang ringkas dan menyeluruh. Sesi ini melihat bagaimana tekanan memberi kesan kepada minda, emosi, dan tubuh. Anda juga akan belajar teknik praktikal yang boleh diamalkan di rumah.

Meditasi tidak akan menyelesaikan semua masalah dalam dua jam, tetapi ia boleh membantu menenangkan fikiran, meredakan sistem saraf, dan membuat anda rasa lebih tenang. Ini juga peluang untuk berhenti sekejap bersama orang lain, yang selalunya memudahkan kita untuk betul betul mula berlatih, bukan sekadar berkata "nanti lah" dan akhirnya tidak buat.

Kenapa 21 Disember?

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 21 Disember sebagai Hari Meditasi Sedunia, dan mengajak orang di seluruh dunia untuk berhenti sekejap, bermuhasabah, serta menggalakkan kesejahteraan fizikal dan mental melalui meditasi dan amalan yang memupuk ketenangan dalaman.

Butiran Acara

  • Ahad 21 Disember 2025
  • 6.00 petang hingga 8.00 petang
  • Peace House, Kota Kinabalu
  • Kemasukan percuma. Semua acara Brahma Kumaris Foundation disediakan secara percuma sebagai khidmat kepada komuniti.

  1. Terapi holistik bermaksud melihat seseorang secara menyeluruh, bukan sekadar pada simptom: aspek fizikal, psikologi, emosi, sosial, budaya, persekitaran, dan kadang-kadang spiritual. ↩︎

Penganjur & Lokasi

Lokasi Peace House

543, Lorong Pipit Uban, Taman Happy Garden, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Penganjur

  • Brahma Kumaris Foundation

    Yayasan Brahma Kumaris Malaysia telah ditubuhkan pada 1981 dan kini mempunyai 14 pusat dan 46 sub-pusat di seluruh Malaysia. Ia juga bergabung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Universiti Rohani Brahma Kumaris Word. Di Malaysia, organisasi Brahma Kumaris menawarkan pelbagai aktiviti dan program untuk membantu individu mencapai pertumbuhan peribadi, kejernihan mental dan kesejahteraan emosi.

Kongsi halaman ini

Imbas kod di bawah untuk kongsi halaman ini:

QR code for this page.

Alamat halaman telah disalin!

^ Jom naik atas!